Matematik dalam solat
Saturday, August 22, 2009
Sabda Nabi SAW:
"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Secara matematiknya, kita lihat berikut:
Solat berjemaah :
1 waktu = lebih 27 kali pahala
1 hari = 5 waktu x 27 = lebih 135 kali pahala
Sebulan = 30 hari x 135 = lebih 4,050 kali pahala
Setahun = 12 bulan x 4,050 = lebih 48,600 kali pahala
10 tahun = 10 tahun x 48,600 = lebih 486,000 kali pahala
Solat sendirian :
1 waktu = 1 pahala
1 hari = 5 waktu x 1 = 5 pahala
Sebulan = 30 hari x 5 = 15 pahala
Setahun = 12 bulan x 15 = 180 pahala
10 tahun = 10 tahun x 180 = 1,800 pahala
Sama ada kita sedar atau tidak, bagi yang sembahyang sendirian di rumah selama 10 tahun, pahalanya hanya menyamai 15 hari solat berjemaah. Fikir-fikirkankanlah berapa banyak kerugian kepada yang tidak sembahyang berjemaah di masjid.
Realiti hari ini, kita lihat tidak ramai yang melakukan solat berjemaah. Perhatilah di surau-surau dan masjid kita. Begitulah sikap masyarakat kita terhadap kelebihan-kelebihan kebajikan untuk akhirat tidak diambil berat.
Tetapi kalaulah angka-angka kebajikan di atas ditukarkan kepada ringgit Malaysia, sudah pastilah berebut-rebut kita melakukannya. Contoh yang paling jelas, baru-baru ini, bila mana harga petrol diumumkan akan naik sebanyak 41% atau 78 sen seliter, berduyun-duyun pemilik kereta membanjiri stesen minyak seluruh Negara untuk mendapatkan keuntungan 41% (lebih kurang (RM20)
Benarlah seperti firman Allah:
“Tetapi kamu mengutamakan hidup di dunia,sedangkan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal”.( Al-A’laa;Ayat 16-17 ).
Sabda Nabi s.a.w: “ Manusia yang paling cerdik ialah manusia yang banyak mengingati mati dan banyak membuat persiapan ( ibadah ) untuk hari selepas matinya. Mereka itulah yang sebenar-benarnya cerdik”.
????: Komuniti - sepaku.net http://www.sepaku.net/sepaku-nur-addin/7831-matematik-dalam-solat.html
Selagi hayat masih ada, dengan nikmat kurniaan Allah kepada kita seperti nikmat kesihatan, nikmat rezeki daripada pekerjaan tetap, mempunyai beberapa kenderaan yang selesa, pergunakanlah untuk mencari keredhaan Allah.
Sekian, wassalam
0 Reaksi:
Post a Comment