kelebihan matematik..huhuh

Saturday, August 22, 2009

“Ala, susahnya soalan Matematik ni.”
“Tak pahamlah Math ni, semua nombor je.”

Pernah tak anda mengeluh bila terasa susah untuk selesaikan satu-satu soalan Matematik di sekolah? Pernah tak anda bersumpah dengan diri sendiri tidak akan mengambil jurusan yang ada kaitan dengan Matematik di IPT nanti, contohnya jurusan kejuruteraan? Pernahkah anda?

Tidak semua dilahirkan mahir Matematik seperti Adi Putra. Masing-masing mempunyai kelebihan dalam bidang tersendiri. Tapi jangan jadikan itu sebagai sempadan untuk anda menguasai ilmu Matematik. Anda adalah apa yang anda fikirkan. Jika anda fikir anda lemah, maka lemahlah anda selama-lamanya. Ingat tu!

Mungkin disebabkan anda merasakan yang Matematik itu satu subjek yang susah, maka anda tak dapat nak memahirkan diri dalam ilmu kira-kira tersebut. Sebenarnya anda menyusahkan diri sendiri. Apa kata kita tukar pemikiran negatif tersebut kepada pemikiran yang lebih positif? Kita mulakan dengan menanam minat terhadap Matematik. Ianya amat menarik. Cuba lihat kira-kira di bawah:

1 × 8 + 1 = 9
12 × 8 + 2 = 98
123 × 8 + 3 = 987
1234 × 8 + 4 = 9876
12345 × 8 + 5 = 98765
123456 × 8 + 6 = 987654
1234567 × 8 + 7 = 9876543
12345678 × 8 + 8 = 98765432
123456789 × 8 + 9 = 987654321

1 × 9 + 2 = 11
12 × 9 + 3 = 111
123 × 9 + 4 = 1111
1234 × 9 + 5 = 11111
12345 × 9 + 6 = 111111
123456 × 9 + 7 = 1111111
1234567 × 9 + 8 = 11111111
12345678 × 9 + 9 = 111111111
123456789 × 9 +10= 1111111111

9 × 9 + 7 = 88
98 × 9 + 6 = 888
987 × 9 + 5 = 8888
9876 × 9 + 4 = 88888
98765 × 9 + 3 = 888888
987654 × 9 + 2 = 8888888
9876543 × 9 + 1 = 88888888
98765432 × 9 + 0 = 888888888

Menarik bukan? Cuba lihat simetri di bawah pula.

1 × 1 = 1
11 × 11 = 121
111 × 111 = 12321
1111 × 1111 = 1234321
11111 × 11111 = 123454321
111111 × 111111 = 12345654321
1111111 × 1111111 = 1234567654321
11111111 × 11111111 = 123456787654321
111111111 × 111111111=123456789 87654321

Anda boleh cuba reka formula anda sendiri. Siapa tahu, anda boleh jadi seperti Adi Putra ;)

Harus diingat, dunia ini sebenarnya Matematik. Tak percaya? Fikirkan beberapa perkara berikut:

1. Anda ke kedai untuk beli Twisties.
2. Anda menunggu pukul 9:30 malam untuk menonton konsert 2marhalah.
3. Anda mengagak jarak dari rumah anda ke suatu tempat.
4. Masa untuk anda tidur dan bangun pagi serta ke sekolah dan balik sekolah.
5. Berapa pantas masa diambil untuk siapkan kerja rumah yang diberikan cikgu?
6. Anda boleh tambah sendiri :D

Semua itu Matematik; duit, masa, jarak. Bahkan umur anda juga Matematik. Tiada sebab anda cari alasan untuk melarikan diri daripada Matematik. Berusahalah, anda mesti boleh!!

0 Reaksi:

Perkara Berkaitan

Blog ini adalah dibuat bagi memberi input yang berguna kepada semua pelajar at48 batch ke-2. Berita-berita terkini mengenai aktiviti dan juga penglibatan pelajar sama ada di kolej mahupun di kampus akan disalurkan secara terus menerus kepada anda

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP