Amanat mantan presiden blog...

Tuesday, January 13, 2009

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...

Bersyukur kerana dapat kita sama-sama meneruskan sesi pengajian di semester 4 pada tahun ini. Jika semester lepas,carta organisasi bagi program AT48 batch ke-2 agak samar tetapi pemilihan jawatan presiden atau ketua bagi program AT48 batch ke-2 akan dilaksanakan tidak lama lagi. Nama-nama calon yang akan memegang jawatan ini masih belum diputuskan oleh mana-mana pihak. Tujuan utama organisasi ini perlu diwujudkan adalah bagi memudahkan pelaksanaan aktiviti dan sesuatu perkara itu dilaksanakan. Sekiranya semua pelajar program ini hidup bersepakat tanpa sebarang sengketa antara satu sama lain, saya percaya jika mana-mana aktiviti yang dianjurkan pasti tidak menghadapi sebarang masalah. Sungguhpun semester kali ini kurang musim cuti, namu itu bukan menjadi penghalang. Pelbagai aktiviti telah dirancanakan oleh beberapa pelajar program ini dan hanya menunggu waktu untuk meneruskan gerak kerja. Diharap agar program ini sentiasa berhubung antara satu sama lain dan saling bekerjasama.

Sekian...

0 Reaksi:

Perkara Berkaitan

Blog ini adalah dibuat bagi memberi input yang berguna kepada semua pelajar at48 batch ke-2. Berita-berita terkini mengenai aktiviti dan juga penglibatan pelajar sama ada di kolej mahupun di kampus akan disalurkan secara terus menerus kepada anda

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP